:: Proses Kemaskini Senarai Ubat Klinik Panel USM

Pihak Jawatankuasa Klinik Panel USM sedang mengemaskini senarai ubat yang digunakan bagi warga kampus. Sehubungan dengan perkara tersebut, kami ingin meminta jasa baik tuan/puan mencadangkan dan menyenaraikan nama ubat-ubat baru (kedua-dua nama generik (generic) dan jenama (brand)) yang pihak tuan/puan fikirkan perlu dimasukkan ke dalam senarai yang sedia ada.
Senarai ini boleh dikembalikan secara online atau bercetak pada atau sebelum 12 Mac 2005 kepada:

Prof. Madya Mohamed Izham Mohamed Ibrahim, PhD
Penyelaras
Kampus Sejahtera
Bahagian Pembangunan Korporat
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang.


* Untuk menghantar senarai secara bercetak, borang boleh dimuat turun pada bahagian CAPAIAN PENGGUNA.
* Untuk menghantar senarai secara online, pihak klinik perlu login kepada sistem e-Klinik Panel dan pilih menu CADANGAN UBAT